TOKOH-tokoh ERGONOMIK
Asal Nama Ergonomik
ERGON + NOMOS = ERGONOMIK
(kerja atau usaha) (peraturan)
Ergonomik yang berasal dari perkataan Greek 'ergo' dan 'nomos' yang membawa makna peraturan bekerja. Mengikut definasi Ergonomics Society UK(1984) ,Ergonomik membawa makna dan bertujuan untuk memastikan sesuatu peralatan,kemudahan ,proses dan sistem yang digunakan oleh manusia didalam melakukan sesuatu aktiviti atau beriteraksi sesuai dan serasi dengan mereka. Ini bertujuan bagi memastikan setiap kerja boleh dilakukan dengan selesa, selamat, dan berkesan. Kebanyakan orang memahami dan mengaitkan ergonomi. Hakikatnya, ergonomik memastikan kemampuan pengunaan dan kualiti kerja terhadap sesuatu kerja dan peralatan yang terlibat didalam kerja' itu boleh dioptimakan 'output'nya. Aspek fisiologi, psikologi, biomekanik, antropometrik dan elemen asas dalam kejuruteraan merupakan skop pengajian ergonomik.
Ergonomi adalah satu ilmu yang mementingkan akan adanya kesesuaian diantara majikan dan pekerjanya. ilmu ini menempatkan manusia sebagai unsur pertama, terutama kemampuan, kebolehan dan batasannya. Ergonomik bertujuan membuat pekerjaan, peralatan, informasi dan lingkungan yang sesuai atau sebagainya. kaedahnya adalah dengan membuat analisis hubungan fizik antara manusia dengan fasiliti kerja. dengan hal yang demikian Ergonomik berguna sebagai media pencegahan terhadap masalah kerja. aplikasi ergonomik dalam rekabentuk sistem kerja memberikan peranan penting dalam meningkatkan faktor keselamatan dan kesihatan pekerja, sebagai contoh rekabentuk di tempat kerja untuk alat mengangkat barang bagi mengurangi ketidak selesaan postur badan. perana ergonomik dalam kehidupan seharian dapat disimpulkan menjadi tiga(3) iaitu :
- Perancangan produk.
- Meningkatkan keselamatan.
- Meningkatkan produktiviti kerja.
Tujuan utam Ergonomik yang meningkatkan para pengguna agar dapat mencapai prestasi kerja yang tinggi dalam keadaan yang nyaman, aman dan tenteram. walaupun skop kajian Ergonomik dapat disatukan dalam 4 bidang skop kajian, iaitu:
1. Display
- Display adalah alat yang menyediakan informasi tentang skop yang dikomunikasikan dalam bentuk tanda-tanda atau lambang. display terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu display statik dan display dinamik. display statik adalah adisplay yang memberikan informasi tanpa dipengaruhi oleh variabel waktu, sebagai contoh peta, papan kenyataan. sedangkan display dinamik adalah display yang dipengaruhi oleh variable waktu, contohnya speedmeter yang memberikan informasi kecepatan kenderaan bermotor dalam setiap keadaan.
2. Kekuatan fizikal.
- Mengukur kekuatan/daya fizikal manusia ketika bekerja dan mempelajari bagaimana cara kerja serta peralatan harus dirancang agar sesuai dengan kemampuan fizikal manusia ketika melakukan aktiviti tersebut. fokus ini merupakan bahagian fizikal manusia (Fisiologi)
3. Ukuran/dimensi dari tempat kerja(antropometri)
- Fokus ini diarahkan untuk mendapatkan ukuran tempat kerja yang sesuai dengan ukuran tubuh manusia, dipelajari dalam antropometri.
4. Kawasan fizikal
- Fokus ini berkenaan dengan perancangan keadaan kawasan fizikal dari ruang dan fasiliti-fasiliti dimana manusia bekerja. hal ini meliputi perancangan cahaya, suara, warna, suhu, kelembapan, bau-bauan dan getaran pada suatu fasiliti kerja.
Penerapan Ergonomik pada umumnya merupakan aktiviti rekabentuk ataupun rekabentuk semula. Ergonomik dapat pula dalam rekabentuk pekerjaan pada suatu organisasi. dalam sistem kerja manusia berperanan sebagai pusat iaitu sebagai pereka, perancang dan pelaksana sistem kerja yang bekerja secara keseluruhan agar diperoleh hasil kerja baik atau memuaskan.
OBJEKTIF ERGONOMIK
Untuk peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan kerja ataupun apa-apa aktiviti yang dilaksanakan seperti mengurangkan kesalahan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan kerja. Selain daripada itu, tujuannya juga adalah untuk peningkatan nilai-nilai kemanusiaan yang positif seperti meningkatkan keselamatan, mengurangkan kepenatan dan tekanan, meningkatkan keselesaan kerja, kualiti dan kehidupan berkualiti.
MATLAMAT ERGONOMIK
- Sistem kerja yang memadai
- Sistem kerja yang diterima
- Sistem kerja yang optimal
FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK
- Melakukan kerja berulang kali (repetition)
- Penggunaan daya yang banyak (force)
- Postur badan yang tidak sesuai stau statik (posture)
- Kerja yang dilakukan dalam jangkamasa yang panjang (duration)
- Gegaran akibat penggunaan peralatan tangan (vibration)
- Tekanan kepada saluran darah, otot-otot dan tendon akibat daripada penggunaan peralatan tangan (contact stress)